Dalam bahasa yang mudah difahami JWA adalah agen perekat yang bermaksud setiap bahan yang dicampur dengan JWA akan membentuk ikatan yang membolehkan bahan yang dicampur dengan JWA melekat pada pokok/daun sekaligus membolehkan pokok menyerap baja secara terus dari liang daun. Selain itu JWA mampu menghalau serangga perosak terutamanya dari menyerang pokok.
Pembuatan JADAM Wetting agent adalah sangat mudah jika dalam kuantiti yang banyak kerana penjimatan akan berganda. Bahan utaman adalah minyak sawit dan kalium hidroksida. Jika menggunakan resepi Tuan Youngsang Cho beliau menggunakan minyak kanola(non-GMO) yang harganya agak tinggi berbanding minyak sawit. Berdasarkan laporan dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia, pokok kelapa sawit di Malaysia bukan diubah secara genetik buat masa ini.
Kami telah mencuba dengan pokok cili, kari serta anak pokok durian. Dengan hanya kekerapan dua minggu sekali atau seminggu sekali mampu mengawal serangan serangga perosak dari terus merosakkan tanaman kita. Admin sudah lama tidak menulis berbanding zaman blogspot dulu. Kekangan kerja hakiki, kebun vanilla sedikit sebanyak membantutkan kerajinan admin untuk sentiasa memuat-naik tulisan berkenaan JADAM. Sekian